florale

#3- Kak yong
Bonjour.


Hi! Setelah 4 kali asyik save entry ni jadi draft akhirnya dapat post dengan jayanya kahkah. So today gonna write something bout my one and only sister a.k.a my number one enemy Nurin Adriana binti Faizal. Nama sedap en? But satu family panggil kak yong je kahkah. Orang utagha kann.



Awat nak tulis pasal kak yong?

Saja ja. Ha kak yong dah masuk uitm dah 6 days ago kat Segamat. Course diploma in business. Mula- mula dia dapat continue Form 6 kat smk btho but of course la tolak- i mean, sape nak attend sekolah lama lama and stpm is way damn hard. Dah tu, dapat tawaran kptm gua musang. Time tu dah memang tolak terus la. Weh, gua musang jauh gila beb. Lagipun kelantan selalu banjir besar so langkah jaga-jaga kena la tolak. On September, alhamdulillah dapat dua tawaran Kolej Yayasan Selangor and Politeknik Shah Alam. Since dekat Shah Alam ada cousin so terima la.



Tukang pegi office sekolah nak cop sijil yang tak berbayar sape?

Obviously, aku la 'adik kesayangan' dia. Ewah, adik kesayangan la konon kekeke. But pissed off jugak aa, bila pegi office je asyik kena 'berurusan' dengan pakcik sorang tu. Masyaallah, muka lagi cengey dari papa then tak senyum lansung weh! Dah tu kalau pape je dia campak je document tu. Aku maleh la nak cakap pape tapi takde friendly service. Tak mesra alam lansung. Minus 10 marks.


Then bila dah prepare semua document tu, buat semakan online balik. Tengok balik, rupanya tak dapat hostel! Kena ler cari rumah sewa. Time tu jugak ummi buat surat rayuan ke permohonan tah so that dapat hostel.



Then, seminggu lepas tu tetiba dapat UITM Segamat, Johor but mostly orang panggil UITM Johor je and okay ler jugak dapat duduk hostel. Jadinya, bye bye la Poli Shah Alam. Before cuti sekolah, aku jadi tukang cop kat office sekolah sekali lagi. Rasanya acik kat office sekolah tu pun dah bosan tengok muka aku je pegi bertandang cewaah.


Almost sebulan prepare all things, ahad last week kitorang pun pegi la menjelajah Johor. Bertolak memang awal gila, 7 pagi sharp dah kelua rumah then sampai uitm pukul 9 camtu. Arrived there, ada akak akak and abang abang kat depan pondok guard kira macam ajk for pendaftaran ah. Akak tu bagi satu paper ni then dia tulis nama blok yang kak yong dapat. Kolej Intan namanya. Mula-mula pelik la jugak, kolej intan ke blok intan? Kolej bukan tempat for study ke? Blok tu for rumah and seangkatannya kan? Whatever jela janji ada Intan kat belakang tu huhu.


Kolej intan tu betul betul depan kedai makan kat uitm tu so senang la kalau siswa and siswi diorang nak cari makan if lapar. Plus 5 marks sebab facility nak makan dekat tapi don't know la if murah ke tak since orang cakap Johor semua mahai barang and makanan dia. If mahai pun biaqla sedap, tak macam cafe hipster or kedai makan yang lain, mahai kemain cekik darah tapi rasa heh hampeh weh macam baru belajaq masak.


Nak cari parking time tu memang susah sebab yela first day pendaftaran en memang ramai ler orang datang. Turun dari keta terus angkut semua barang. 2 luggage besaq, and yg lain boh dalam beg biasa ja for hanger, sabun semua la. Pegi kat bawah lobi tu kena isi semua borang dulu then dapat bilik kunci.


Naik je bilik, a bit speechless la sebab bilik dia nampak macam lama sikit ah- ada retak sikit kat dinding pastu ada la student before pegi conteng dinding i love you u lava me we lava together forever. Masa masuk tu, yong takdak roommate lagi, ingatkan roommate mai lambat sikit rupanya memang takdak roommate. Maybe roommate tengah cuti ler kot.


Apa yang made me more speechless is, if you ada handphone, iron, radio, table lamp and electrical device, satu barang kena charge MYR 10.But sokayla maybe diorang ada financial prob ke ape en mana la tau ekekek kita kena #husnudzon ciked. Then, kat situ dia tak sediakan bantal dengan iron. . . . 


Yang kak yong pun, time dalam keta dah sampai Johor baru dia ingat pasal bantal. Since time tu ada lagi 4 jam before students baru kena lapor diri and pegi orientasi, kitorang pun pegi la kelua jap pegi bandar Segamat cari iron and bantal.


Time dekat mart tu just beli je barang apa yang belum ada then 1 setengah kitorang pegi uitm balik. Dah pukul 2 baru turun sebab dah kena lapor diri. Bila akak senior kak yong tu dah panggil soh beratur, semua pun salam la and hug kak yong. Ummi dengan kakak time peluk yong tu memang dah nangeh la. Aku ni acah hati kental and brutal la konon, tak salam pun just tengok depa nangeh and peluk. Baik kan adik macam aku ni? Agaga. Sebak tu ada la jugak sebab aku mana penah pisah dengan yong. Dia pun mana penah masuk asrama before ni. Even pegi kem pun, mesti ada dia, tu pun dia nangeh jugak bila pi kem. Aku jugakla hati sado, ewah.


Nak kata rindu tu takdakla rindu mana pun, just rindu nak gaduh ja la. Dalam rumah ni kalau gaduh sampai naik sora tu memang dengan dia ja la. Nak lawan cakap orang pun memang aku lawan cakap dia ja la. And n ak menjawab version kojaq punya pun memang dengan dia jaaa semuanya hahahaha. Aku kan adik yang baik.


So yong, hang take care la nah kat sana. Belajaq leklok kat uitm tu. Kalau bosan, jalan jalan la tengok kelapa sawit kat luaq u hang or naik la bas kunyit tu pi mall mana mana yang tiga ringgit tu. Hang jangan memain belajaq kat u, focus apa lecturer ajaq. La ni dah masuk u cikgu kat sana bukannya ajaq macam kat sekolah. Pandai pandai hang la  faham sendiri agagaga. Jaga hati jaga diri  jaga mata, yang paling penting jaga kasut hang. Dengaq cita ada pencuri kasut kat sana. Hang jangan buat main, kasut hang semua ummi beli mahai sat lagi sesia ja kalau hilang. Ha la bai. 



ig- Nurinadrianaa_ (rindu ummi and tak boleh tidoq lena katanya)



Just nak bagitau yang abang abang kat uitm tu ramai good looking :'>

Post a Comment

Do leave your comments!

Saturday, 28 November 2015 - BY luna
next →


Luna
I'm Luna. 1988 + 12. I love ssangmundong gangs. kbyeloveyou.

blog blogskins weheartit NETWORKS





'Florale' by Marcielago. Icons from thefadingnight.
Message